Jabatan Perangkaan Malaysia Jabatan Perangkaan Malaysia

Sila masukkan nombor PIN anda:

Borang Maklumbalas Panduan Ringkas Tutorial Video

Jabatan Perangkaan Malaysia

Hakcipta © 2019 DOSM Smart Listing (Online Self Listing). Hakcipta Terpelihara I Paparan terbaik menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan Internet Explorer 9.0+

Jabatan Perangkaan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merupakan agensi utama kerajaan yang dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara. DOSM berperanan sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara. Salah satu peranan DOSM ialah membangun dan mengemaskini rangka isi rumah bagi persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia serta survei isi rumah.

Aktiviti penyenaraian melibatkan pengemaskinian maklumat tempat kediaman, ketua isi rumah dan ahli isi rumah sedang dilaksanakan bagi persediaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020.

DOSM sedang dalam proses pengumpulan maklumat tempat kediaman dan isi rumah. Modenisasi kaedah pungutan data tempat kediaman dan isi rumah melalui DOSM Smart Listing (DSL) adalah merupakan salah satu modul dalam Malaysia Integrated Population Census System (MyIPCS) serta merupakan salah satu kaedah pengumpulan data tempat kediaman dan isi rumah melalui sistem atas talian. Online Self Listing (OSL) merupakan pengisian dan penghantaran maklumat penyenaraian yang diisi sendiri oleh responden yang melibatkan pengisian/pengemaskinian maklumat tempat kediaman, ketua isi rumah dan ahli isi rumah.

Sehubungan itu, diharap agar tuan/puan yang terpilih dapat memberikan kerjasama untuk mengisi/mengemaskini maklumat yang diperlukan bagi tujuan persediaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020.